Dr. Hjh Azuraida Shahadan merupakan seorang Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi serta Pakar Terapi Minda. Beliau ialah pengasas Psych 3K (Kebahagiaan, Kejayaan, Kekayaan) dan guru terapi minda positif. Dr. Azuraida sering dijemput untuk bercakap mengenai minda dan kepimpinan di stesen televisyen seperti TV1, RTM TV2, TV3, Astro, di radio, majalah, akhbar harian, sekolah, institusi pengajian tinggi, syarikat antarabangsa dan banyak lagi.
Beliau telah mempelajari beberapa ilmu Kepimpinan dan Perkembangan Kanak-kanak dari Amerika, serta Ilmu Neuropsychology dan Psychotherapy dari United Kingdom. Selain itu, beliau juga mendalami ilmu Kesihatan Minda di Harvard. Segala ilmu tersebut telah diaplikasikan dalam kehidupan beliau sendiri, dan Alhamdulillah ia telah membawa perubahan besar setelah melalui kegagalan dalam banyak perkara sebelum ini.